autopayouts.com

Friday, 12 October 2012

Ibu..Maafkan Aku...

       Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah ku lewati..ketenangan yang kucari..belum kutemui..."kenapa ibu layan Zi macam ni..ibu betapa Zi merindui saat belaian kasih ibu..Zi sungguh dahagakan kasih ibu..maafkan segala salah silap Zi, ibu.." keluhan yang terasa berat bagi Zi untuk luahkan.. hanya kerasa salah faham dan sikap Zi yang terlalu ego, Puan Amdiah tidak mahu lagi bercakap mahupun melihat Zi..smp ke hari....

"kenapa ibu ni, selalu je nak tau Zi pegi mana, dengan siapa..Zi dah besar la bu"
"tapi Zi masih ada ibu..ibu risau kalau terjadi apa-apa dengan Zi..sekurang-kurangnya, Zi hantar SMS je dah cukup pd ibu..ibu risau Zi..Zi tu perempuan..keluar malam baru blk, Zi ingt ibu tak risau??"..kata-kata Puan Amdiah dibalas dengan suara nyaring dari Zi.
" ibu ni kenapa...Zi dah besar bu, dah besar..Zi pandai jaga diri Zi..ibu jaga je adik2..Zi keluar dgn kawan2 Zi..bukan dgn sapa2 pn..ibu tu saja je..Zi semua salah..kalau Eja semua ibu diamkn je..ibu tak adil bu..tak adil"...pintu dihempas kuat..tersentap hari Puan Amdiah dengan kelakuan Zi..

          Sejak dari peristiwa malam tu, Zi kerap tidak balik ke rumah..SMS dihantar kepasa adik bongsunya, Halim.."kak long tidur rumah opah, esok kak long kerja dari sini.''..Puan Amdiah yang dimaklumkan oleh Halim berasa sedih..dalam seminggu, hanya 2 atau 3 hari shj Zi tidur di rumah..selainnya Zi byk menghabiskan masa dengan rakan2nya..
Puan Amdiah, dapat khabar semua dari Halim...dari mulut Zi sendiri, tidak akan ada la jawabnya.. Lama kelamaan, Puan Amdiah sudh malas hendak bertekak dengan Zi..

"ibu dah tak ada apa lagi nak ckp dgn Zi..ikut Zi la..Zi pn sendiri ckp Zi dah besar..tak perlukan ibu..ibu halalkan susu ibu..ibu ampunkan dosa Zi..ibu harapkan yg terbaik untuk Zi..jika ibu tiada nnt..ibu harap Zi jagalah adik2 dgn elok..ibu tak harapkan Zi dgn wang ringgt..tp ibu harap Zi ubah la sikap Zi..jadilah kakak yang lebih bertggjwb..ibu dah tua Zi..smp masa ibu akan pergi juga..ibu harap selepas Zi baca surat ini, Zi berfikir la dgn setenangnya..ibu sygkn Zi..ibu yg mengandung dan melahirkan Zi..kasih ibu terhadap Zi sama seperti mana kasih ibu terhadap anak2 ibu yang lain..ibu harap Zi dapt rasakan kasih syg itu.dari kecik ibu jaga Zi..nyamuk pn ibu xbagi dekat dgn Zi...tp bila Zi dah bekerja,,,dah ada duit sendiri, Zi lupa kasih syg ibu...ibua harapkan yg terbaik utk diri Zi..jagalah diri Zi dgn sebaik mungkin.ibu tak lama lg Zi..ibu harap Zi akan berubah..dari ibu yang amat menyayangi... Amdiah..."

                Sudah 3kali Zi membaca isi kandungan surat yang diberikan oleh Halim siang tadi.."kak long..ini ada surat dari arwah utk akak..Halim harap akak bykkn bersabar..kami xsempt nak tgu akk..kami tak tahu macam mana nak hubungi akk.. telefon bimbit akak off..kami cuma dapat hantrkn msg.."semasa kejadian, Zi bercuti dgn rakan2nya ke Pulau Tioman..sengaja di off telefon..tidak mahu diganggu..puas adk2 dan saudara menelefon..tetapi tidak dapat dihubungi..sehingga lah Pak Long, abang ibu memujuk Eja dan Halim untuk meneruskn pengkebumian tanpa Zi..sebak rasa hati tetapi yang pergi ttp perlu disemadikan..

Ibu pergi sekelip mata..ibu terjatuh semasa ingin mengangkat pasu bunga..kepala ibu terhantuk dan ibu disahkan telah meninggal dunia di hospital..arwah dikebumikan tanpa Zi dapat melihat ibu buat kali terakhir...maafkn Zi bu..Zi terlalu bayk dosa dengan ibu.Zi janji bu..Zi akan jaga adik2...Zi akan tebus dosa2 Zi..Zi harap semoga ibu tenang di sana..maafkan Zi bu...maafkan Zi...""


Cerpen pendek..sekadar cerita..tiada kaitan antara hidup dan mati...


nukilan.. nishi87  


Tamat......